korea kah aku ni…

tteokbokki…

Nin dia…kelmarin office tempat aku keja buat makan makan tengahari (lunch) sempena nak sambut bulan Ramadhan, bulan May nanti. Punya la lama lagi nak posa office dah buat makan…chill. Rilek…rezeki kalau yang macam ni jangan tolak, kita pi makan ja…jangan banyak bunyi.

Tapi memang betul la…rata rata staff yang lain cakap masakkan korea ni memang tawaq hebiaq. Tak ada rasa langsung…aku peduli apa, makan ja…bukan kena bayaq pun. 😂😂😂

Pagi ni pun aku sarapan dengan makan yang dalam gambaq kat atas…adakah perut dan citarasa aku dah adapt dengan masakkan korea? Mana pi citarasa aku dengan nasi kandaq? Adakah aku beransur ansur nak jadi rakyat korea?